lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Thursday 29 September 2011

::Mengagumi obses mereka terhadap syurga::


Bismillah.
Semoga Allah menghadiahkan syurga buat mereka yang berjuang menautkan hati2 manusia ke arahnnya.
Bukan senang menjadi cahaya kepada kegelapan,jalan itu panjang berliku,kadang2 sangat menyakitkan.Namun segala kesusahan dan penat lelah ini diketepikan oleh insan2 yang sememangnya obses dengan syurga Allah.Segala-galanya kerana Allah,mereka yakin disebalik kepahitan itu ada madu dan disebalik kesusahan itu tersingkap kesenangan yang kekal abadi.Nikmatnya syurga!

Alhamdulillah hampir 20 hari aku di bumi Mesir.Allahuakbar,terasa sekejap benar waktu berlalu.Dalam tempoh itu aku mengenali akhawat disini.Memang sebelum berangkat ke Mesir lagi hatiku berlonjak-lonjak gembira untuk bertemu akhawat walaupun dalam keriangan itu terselit duka untuk meninggalkan mereka yang tersayang di Malaysia.Perasaan gembira ini agak luar biasa,gembira yang teramat ini kusimpan elok2 dalam hati,semoga ia berkekalan dalam ukhuwwah.

Hidup dikelilingi akhawat sangat nikmat,berada dalam kehidupan yang membahagiakan.Keutamaan sentiasa dberikan kepada ukhti yang lain berbanding diri sendiri.Mereka berlumba-lumba untuk ithar.Setiap yang dilakukan menunjukkan mereka sangat obses dengan syurga.Bukan sekadar dalam gerak kerja dakwah sahaja tapi dalam amal dan bicara juga.Melaksanakan tuntutan mereka sebagai 'abid dan khalifah dengan sebai-baiknya.Bertemu mereka adalah suatu anugerah yang terindah buatku.Terima kasih Allah kerana mempertemukanku dengan orang2 yang mencintaimu dengan sepenuh hati.

Kebelakangan ini akhawat sangat sibuk menguruskan program untuk pelajar2 yang baru tiba dari Malaysia.Aku tahu kesibukan mereka bukan sia2.Mereka melihat peluang besar di depan mata ini rugi dilepaskan,lebih2 lagi  ramai dalam kalangan mereka merupakan PIC dlm program tersebut.Kebanyakan aktiviti program yang diatur mereka diselitkan fikrah.Inilah medan juang mereka,mereka berusaha sehabis daya memasukkan unsur2 tarbiyah.Bekerja keras semata-mata unntuk mencapai redhaNya.Tidak mengira apa bidang mereka,medic,dirsat,dentistry atau ulum asalkan mereka mampu mengetuk hati2 yang mati untuk disegarkan dengan ruh tarbiyah agar dapat sama2 berjuang di medan ini.

Melihat semangat akhawat,aku jadi termotivasi.Kuliah akan bermula hari Sabtu ini.Nota2 daurah yang lalu kubelek.Aku meneliti tajuk DF,cuba mendalami segala teori agar mampu dipraktikkan.Dakwah itu bukan hanya kata2 tapi kesungguhan dalam pelaksanaan itu penting.Hubungan yang sangat teguh dengan Allah itu sumber kekuatan orang2 yang bekerja untuk agama Allah ini.Kerja ini bukan untuk mereka yang ingin berehat.Terkenang sirah Rasulullah dan para sahabat,mereka obses syurga seolah-olah mereka melihat syurga dan seluruh nikmat2Nya.Hidup mulia atau syahid dijalan Allah sahaja menjadi pilihan mereka.Hasil dakwah mereka Islam tersebar.


Untuk akhawati fillah sayang.,

semoga tegar semangat juang kalian,
semoga ruh tarbiyah tidak pudar dalam diri kalian ,
semoga mardhatillah sentiasa mengiringi kalian,
semoga istiqamah menjadi jalan kalian,
semoga syurga menjadi milik kalian.
 

"dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata sungguh aku termasuk dalam kalangan orang yang menyerah diri."
(QS,41:33)



~Ya Allah semoga engkau menetapkan hati2 kami ats jalanMu~
















Wednesday 21 September 2011

::Pengalaman itu Menguji Tarbiyah Diri::

perjuangan itu suatu kepastian~

Bismillah.

9 September 2011

 jam 3.15 pagi,pesawat berlepas menuju ke Kuwait.ya Allah tabahkan hati hamba meninggalkan keluarga dan sahabat2 yang selama ini disandarkan Allah sebagai kekuatanku.Jangan kesali keberangkatan ini,sebaliknya bekalkanlah perjalanan ini dengan himmah 'aliyah.Perjuangan adalah suatu tadhiyah yang mesti diharungi lebih2 lagi untuk insan bergelar daie.Saat ini,memang dapat ku rasai bahawa betapa beratnya meninggalkan mereka yang tersayang.Perjalanan ini bukan mimpi atau illusi,tapi realiti yang perlu dihadapi.Perjalanan ini juga bukan sebuah pengembaraan sifar tapi perjalanan ini adalah medan.Medan juang yang akan membuktikan gerak kerjaku secara praktikal setelah lama berteori.nah!ini medannya,bersiap siagalah wahai diri.Masih banyak dugaan yang menanti.


Alhamdulillah,setelah hampir 10 jam berada dalam pesawat akhirnya kami tiba di Kuwait.Di Kuwait airport,kami bergegas ke information counter untuk mendapatkan maklumat lanjut as transitters.Dengan sopan santunnya (perasan sikit,budi bahasakan budaya kita..huhu..) Memandngkan kami agak kurang pandai berbahasa Arab so,english menjadi bahasa utama sepanjang perjalanan.Tak sangka betul Puan yang jaga kaunter tersebut tiba-tiba marah padahal kami sekadar bertanya '' so where we can get the foods?'' setelah diberi kupon makanan untuk transitters.Salahkah?Ya Allah memang benar-benar menguji kesabaran.7 jam transit di Kuwait bukanlah suatu tempoh masa yang pendek dan dalam waktu tersebut macam2 ragam Kuwaitians yang kami terpaksa hadapi sehingga kami mula belajar mengenal bangsa ini.
Banyak lagi perkara (no reasons) yang kami di marahi tak tentu pasal,kami pun tak faham. antaranya:

 *duduk dalam musolla lebih daripada 5 minit (mcm x logik sangat)
*mintak straw dalam flight (padahal bleh je pramugari ckp elok2)
*pencuci tandas tak senang ada tourist yang masuk tandas kat airport 
*pak cik yang serve makanan suruh ambik pinggan sendiri


gmbr yg sempat snap time transit di kuwait

Memang sangat pelik tapi inilah hakikatnya,bila umat islam tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka walaupun secara rasminya diiktiraf sebagai negara Islam.Qudwah hasanah yang dibawa oleh Rasulullah tidak lagi diteladani. Mungkin juga kesan ketiadaan khilafah islamiyah yang mampu mengislah masyarakat.Setiap aturan Allah itu berhikmah cuma terpulang kepada kita untuk mengambilnya sebagai teladan dan peringatan atau sekadar peristiwa kosong yang berlalu tanpa 'ibrah yang menjadi pemangkin tarbiyah diri.


Alhamdulillah syukur,jam 2.30 petang waktu Mesir.Pesawat Kuwait Airways mendarat di Cairo Airport dengan selamat.Buat pertama kalinya melangkahkan kaki ke bumi Hassan Al-Banna,Subhanallah!disinilah perjalanan dakwah Nabi Musa A.S kepada kaumnya,disini juga As-syahid Imam Hassan Al-Banna bermujahadah dalam menyampaikan risalah Islam .Ya Allah,sumbangan mereka masih berterusan sehingga hari ini.Semoga aku mampu menjadi insan hebat seperti mereka.biiznillah.Perjalanan ini masih panjang,tsabatkan aku Rabbi!

mulakan langkah dgn semngat yang baru!















Tuesday 13 September 2011

::Hidupku Lillah::

Bismillah.Hamdan lillah.Tidak trucap rasa syukurku kpd Dia yg mngizinkan aku untuk kembali menaip.Kembali berkongsi sedikit ilmu, secebis pengalaman dan sekelumit fikrah.Allah jua sebaik-baik pengatur.Bukan selama ini sengaja tidak update blog. membiarkan sepi tanpa berita.Hanya Allah mengetahui segalanya.Tiada yg mengetahui hikmah selain Dia.Allahu rabbi.Sangat lega bila melihat blog baruku.alhamdulillah,tsumma alhamdulillah 'ala kulli haal.

Kehidupan adalah perjalanan panjang dan penuh dengan ranjau yang mampu menjatuhkan atau membangkitkan.Terpulang kepada manusia bagaimana menghadapinya,kesabaran atau keputusasaan yang menjadi pilihan.Hanya mereka yang menyandarkan kehidupan semata-mata kerana Allah dijanjikan syurga.Mereka yang sanggup mengorbankan segala kenikmatan dunia hanya untuk Allah.Mereka yang bekerja keras ingin memperoleh keredhaan Allah.Mereka inilah orang-orang yang menyedari hakikat penciptaan manusia.Memanfaatkan kehidupan sementara untuk mencapai kebahagiaan hakiki.

Firman Allah S.W.T dlm al-qur'an:
 ''dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah.Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya''
(al-Baqarah:207)