lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Monday 30 July 2012

:: Penjahit Yang Pantas ke Syurga ::

Bismillah.Segala puji bagi Allah yg Maha memberi nikmat tidak terhitung,hamdan lillah sekali lagi utk hadiah bonanza ramadhan thn ini.Sekali dalam setahun,promosi besar perniagaan yang memberi keuntungan berlipat ganda kepada mukmin.Silakan ber'hidung tinggi' dengan Allah andai anda yakin tahun depan masih bersua Ramadhan.Silakan menolak keuntungan besar ini andai pasti tahun depan dapat bonus lebih besar menanti.Silakan..silakan..silakan..

Allah tak pernah rugi dengan kesombongan anda itu.sama sekali tidak~

amal buah keimanan~


Tidak wajar bagi hamba Allah yg beriman kepada syahadatain,mengangkat jari telunjuk ketika duduk tahiyat mengaku hidup dan matinya lillah akan tetapi membiarkan ramadhan berlalu tanpa ada sedikit pahala tambahan yg memberatkan neraca timbangan amal kebaikannya. Malah tidak memberi titik tolak perubahan langsung dalam kehidupannya yg mengaku mukmin secara teori itu!Bukalah mata Ramadhan ini hadiah terbesar buat mukmin.Celikkan hati,gilapkan iman,pecahkan dinding2 malas itu, siapkan diri untuk bertemu Tuhan yang menciptakan.Mari gandakan amalan demi redha Ilahi.

"Wahai orang2 beriman, diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat2 terdahulu sebelum kamu agar kamu BERTAQWA."
 [2:183]

Ramadhan.
Apa yg terbyg saat perkataan ini menjengah di kotak fikiran anda?
Pesta ibadah? Alhamdulillah.
Pesta makanan? hmm,,silap besar tu.
Nak sambut raya cuma? okeh, ini harus diperbaiki.

Percayalah mukmin itu sangat riang gembira dengan kehadiran Ramadhan. Menyambut tetamu hebat dari Allah ini dengan tangan terbuka bersama senyuman lebar hingga ke telinga.Lagaknya Ramadhan itu seprti tetamu hotel 5 bintang yg servicenya tiada tandingan. Wah! memang high class! 

Begitulah mukmin bersiap tatkala mengetahui Ramadhan sudah on the way datang. Tidak sabar menunggu ganjaran bonanza dari Tuhan sekalian alam, semestinya! sekali setahun masakan hadiah istimewa ini ditolak. Memang tak tipu, itu adalah kerugian yg amat besar dalam hidup.

Definisi Taqwa menurut Sahabat Rasulullah S.A.W

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ?Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”.Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan  TAQWA”

Taqwa adalah matlamat utama puasa.Jika taqwa tidak berhasil bermakna puasa itu gagal.Kegagalan itu suatu perkara yg agak memalukan bukan? Kebiasaannya, adakah orang yang gagal itu gembira?Maka, Hari Raya Aidilfitri tidak layak untuk muslim yang sempurna syarat2 berpuasa tetapi gagal mendapat taqwa sepanjang  Ramadhan.

Hari kemenangan itu hanya disediakan untuk mereka yang berjaya dengan cemerlang dan gemilangnya di bulan Ramadhan.

Bayangkan kegembiraan mahasiswa/siswi yang dianugerahkan segulung ijazah pada hari konvokesyen, bangga menyarung jubah konvo dan menggenggam segulug ijazah itu kan? Begitulah mukmin yang berjaya mengecapi taqwa, sungguh bergaya dengan pakaian indah yang dijahit dengan benang emas hasil buatan tangan sendiri di bulan Ramadhan.Pasti gembira saat melihat pakaian yang dijahit istimewa berjaya disiapkan untuk dipersembahkan kepada Rabb yang memiliki kuasa seluruh alam semesta..MasyaAllah!

Ittaqillah haitsuma kunta!


Bukan sebarang pakaian si taqwa itu, dengan pakaian inilah Allah mengganjari hambaNya dengan nikmat teragung.Tidak pernah terjangkau oleh akal makhluk yang lemah,kalau fikir lama-lama boleh pengsan sebab tak mampu nak gambarkan nikmat syurga.Mudahnya hamba Allah muttaqeen masuk syurga.Hai, ofcoslah sebab pakaian yang dijahit dengan benang emas itu berjaya disiapkan.

Bukan kerja senang nak menjahit, siag malam berkorban jiwa dan raga.Terkadang sampai berdarah jari si penjahit yang gigih itu.Namun apalah sangat kesakitan itu jika mahu dibandingkan dengan ganjaran yang lebih hebat menanti. $_$

Ramai orang boleh menjahit, tapi tak ramai yang kemas dalam jahitannya.Cantik dipandang dan selesa untuk dipakai.Pasti sangat teliti jahitannya,menjahit dengan fokus sepenuh hati dan tekun, lebih menarik apabila dijahit dengan benang emas yang punya kualiti tinggi dan mahal.Ditambah dengan sulam,labuci dan manik-manik yang berkilau. Gah sungguh,silau mata memandang!

Begitulah amal soleh, ramai yang mampu beramal tetapi tidak ramai yang mampu beramal semata-mata kerana Allah dan memberi sepeuh perhatian terhadap amalan walaupun dalam bulan ramadhan.Oleh itu, amal mesti sentiasa diperbaiki dan dipertingkat dari semasa ke semasa.Bukan statik sahaja seperti sedia kala atau semakin hari berkurang.Harus ditambah dengan segala macam kebaikan.

Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNya,terbukti kasih sayangnya tatkala Ramadhan hadir dalam hidup insan bergelar mukmin.Allah, "maka nikmat TuhanMu yang mana kamu dustakan?"

sekadar gambar hiasan ^^


Teruslah menjahit pakaian taqwa itu dengan benang emas amalan setinggi gunung bersama hati yang tulus ikhlas mengharap redhaNya, jangan sesekali melepaskan durian runtuh yang dikurniakan Allah hanya sekali setahun.Besar kemungkinan ini peluang terakhir kita membina taqwa dalam diri pada bulan Ramadhan.Jangan lelah beramal dengan sepenuh hati meraih cita kepada Tuhan yang menciptakan cinta.Usah meletakkan harapan bahawa anda berkesempatan bersua muka dengan Ramadhan tahun akan datang kerana takdir Allah itu adalah rahsia yang tak diketahui hamba yang lemah.

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah s.a.w sabdanya : "Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada.Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangailah kepada manusia degan perangai bagus.
[hadis 18 drpd hadis 40 Imam Nawawi]

Ramadhan sentiasa disinonimkan dengan madrasah ibadah dan bulan tarbiyah.Natijahnya akan terlihat setelah bulan barakah ini berlalu.Bagaimana praktikal amalan seusai Ramadhan,bagaimana akrabya hubungan antar makhluk dan Khaliq setelah itu,bagaimana kesungguhan kita melawan mujahadah dan membasmi jahiliyah diri yang telah dilatih sepanjang Ramadhan?

"Wahai anak cucu Adam, seseungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian taqwa itulah lebih baik."
[7:26]

Semoga,sebaik-baik pakaian yang telah dijahit sebulan dengan kesungguhan itu mampu memberi kesan hebat dalam jiwa kita agar sentiasa hidup dalam cahaya amal kebajikan yang tidak pernah pudar walaupun Ramadhan melambai jauh dan berlalu pergi.Beramallah kerana kita hamba kepada Rabb yang memiliki kerajaan langit dan bumi,bukan hamba kepada Ramadhan yang juga merupakan makhluk kepada Ilah yang Maha Kuasa.

Jom jaga checklist ibadah! :)


Analogi
Benang emas = amal kebaikan/ibadah
Pakaian = taqwa
Menjahit = melakukan ibadah

Happy fasting, selamat berlumba-lumba dalam beramal selagi masih bernafas dalam bulan Ramadhan ini.Jom sama-sama buru taqwa agar dapat menjadi bekalan sepanjang hidup kita.Semoga Allah redha dan terima segala amal kita.Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya melangkah ke syurga dengan sebaik-baik pakaian hasil tarbiyah Ramadhan!

Allahumma amieen :D


Waktu selesai mengetaip,
30 Julai 2012 / 11 Ramadhan 1433 H
Beyt Ummu Sulaym,Cairo,Egypt.
4:27 pm.

Wallahua'lam :)