lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Wednesday 30 May 2012

::Booster Besar dari GAZA ::

Bismillah.

Semoga kita semua sntiasa dalam keadaan syukur di bawah naungan kasih sayang Allah yang Maha teliti dengan setiap rencanaNya.Terasa lama benar tak mengetaip,asyik ziarah blog orang lain je sampai kadang2 ada sekelumit rasa  jeles dengan sorang sahabat saya yang semangat update blog walaupun dia seorang yang 'busy' dengan study plus DnT lagi.Ini membangkitkan hammasah saya untuk menulis walaupun konon2nya sibuk.Allah,saya pernah terdengar seorang murabbi berkata:

"Tiada erti sibuk dalam kehidupan kita melainkan kita sendiri tidak bijak menguruskan masa yang Allah bagi "

Dush!nah memang terasa sangat,huh!terketuk,ni memang indirect way teguran dari Allah nak suruh pandai manage time.Muhasabah kembali..harus perbaiki muwasafat tarbiyah yang masih lompong.ok,jauh sudah melencong dari tajuk asal post saya kali ini.suka sangat memanjangkan kalam..*maaf.
Alhamdulillah saya dberi kesempatan mendengar pengalaman peserta2 Aqsa2Gaza4 dan saya cuba usaha kongsikan dalam bentuk penulisan.Biiznillah.


''Maha suci Allah yang telah mmperjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi kelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya tanda2 kebesaran kami..''
~al-Isra':01


antara wakil2 Aqsa Syarif ke Gaza


Saya sendiri rasa sangat terkesan setelah peserta2 tersebut share pengalaman mereka ketika berada di bumi barakah yang disebutkan Allah itu.Subhanallah!Seakan,ada batu besar yang menolak saya untuk laju dan pantas bergerak.Tiada masa lagi untuk berlengah-lengah,berjalan lambat dan goyang kaki kerana kerja masih banyak.Banyak dari masa yang ada.

Ramai umat Islam yang masih disisihkan dan perlukan bantuan.Ramai yang belum tersentuh dengan tarbiyah Allah.Ramai yang mahukan kefahaman Islam,tetapi amat sedikit yang menyampaikan.Golongan ini diibaratkan hanya menjadi orang asing dalam sesebuah penempatan dan beruntunglah jika anda merupakan salah seorang ghuraba' itu.[Sila senyum lebar] ^______^


Berbalik kepada pengalaman yang diceritakan tentang Gaza,Antara perkara yang sangat mengetuk hati saya sehingga menjadikan tajuk post saya kali ini :

bakal mujhidah!ameen..
-Majoriti rakyat Gaza menghafaz al-Qura'an dan mampu mentafsirkan setiap ayat yang dihafaz tanpa mengira usia.Diberitahu lagi,anak perempuan harus tahu tafsir surah al-Ahzab & an-Nur (byk menerangkan tentang adab2 muslimah) dan anak lelaki surah al-Anfaal & at-Taubah (penerangan tentang perang dan jihad fi sabilillah)

-Suasana kehidupan harian komuniti di Gaza berkisar tentang jihad.Anak2 didik dengan lagu jihad,pemuda menjadikan cita2 tertingi mereka adalah jihad,perbualan sesama mereka tidak lari dari berbicara perihal jihad.Pokok pangkalnya everything is about jihad fi sabilillah.Allahuakbar!ini memang booster besar buat saya dan semua! 

-Hampir setiap rumah yang diziarahi peserta2 A2G4 adalah rumah syuhada'.Dari situ,terlihat satu pengorbanan besar buat ibu/isteri yang meredhai kesyahidan anak/suami mereka.Mereka beriman bahawa mendahului cinta Allah dan Rasul lebih itu adalah kebahagiaan yang hakiki dijanjikan Allah dalam erti kata lain mereka terlalu obses syurga seakan-akan nikmat syurga telah terhidang dihadapan mereka.

-Kebanyakan mereka adalah golongan professional yang juga merupakan asatizah.Mereka sangat cintakan ilmu kerana Allah.Izzah mereka  dengan Islam menjadi batu loncatan untuk mereka menimba ilmu.Tiada keuntungan dunia yang mereka harapkan cuma redha Allah semata.

-Peribadi Islam yang mereka iklankan benar2 membuatkan manusia tertarik dengan tarbiyah mereka.Mereka sangat memuliakan tetamu,menghormati orang yang lebih berusia,Kata2 mereka menyenangkan dan sangat bersegera solat jema'ah di masjid setelah azan dilaungkan (turut diceritakan saf kanak2 penuh hingga ke bahagian belakang masjid)

-Para Ibu memberi fokus utama kepada tarbiyatul awlaad(pendidikan anak2) sehingga anak2 yang dilahirkan membesar menjadi orang yang hebat menyumbang kepada kebangkitan Islam dan faham tanggungjawab untuk membebaskan tanah air mereka dari rejim Israel.

-Hanya orang yang hafaz al-Qur'an,hadis Rasulullah,hadam tafsir surah2 yang berkaitan dengan perang,berjaga malam untuk beribadah dan banyak lagi syarat lain yang layak menjadi tentera Briged al-Qassam (tentera hamas yang menjadi dinding  kekuatan negara ini dari Israel)


tinggalan kesan serangan Israel di Gaza


Mengapa jadi BOOSTER besar buat saya?

Anda bayangkan,dalam keadaan mereka ditindas Israel itu mereka mampu membina suasana masyarakat yang meletakkan segalanya pada Allah.Pergantungan total mereka hanya Allah.Tiada yang lain.
 Dalam kehidupan yang tidak terjamin keharmonian itu mereka tegar menuntut ilmu sehabis daya dan beramal dengan praktikal Islam yang cukup sempurna.Anda tahu?sebesar2 Palestin itu,hanya Gaza yang merupakan milik mutlak rakyat Palestin dan baki tanah air mereka dijajah Israel.Gaza itu pun diperolehi setelah ramai penduduk yang terkorban.Dalam kehidupan yang serba kekurangan itu,mereka berusaha mempertingkatkan Islam dalam diri mereka dan beramal dengannya,mereka sentiasa cuba tanpa kenal putus asa!

hammasah mcm ni!


Jom lihat diri kita..masih banyak yang perlu diperbaiki.Jadikanlah semangat mereka sebagai booster besar buat kita agar lebih dekat dengan Allah,kuat atas jalan ini,sentiasa yakin dengan takdir Allah,semangat dalam menuntut ilmu Allah dan perbaiki kualiti akhlak dan amalan kita.Palestinians dalam keadaan terhimpit tapi kerana mereka mempunyai keinginan yang memuncak,mereka mampu laksanakan.Takkan kehidupan kita yang jauh lebih selesa ini tak mampu untuk kita serahkan segalanya untuk Allah.Bukan sekadar solat dan ibadah lain tapi seluruh kehidupan kita.Lillah.

p/s*jangan tinggal doa qunut nazilah untuk muslimin sedunia,sila boikot barang2 Israel,Sila share kat kawan2 isu Palestin dan dialu2kan untuk menghulur bantuan di Aqsa Syarif .
kalau tak tahu macamana nak menyumbang sila click  link ini > http://www.aqsasyarif.org.my/



hulurkan bantuan~




''Sesiapa yang tidak peduli akan hal saudaranya yang lain sesungguhnya Dia bukan dalam kalangan mereka''

~Hadis sahih


Semoga Allah menerima segala amal kita.Wallahu'alam :)

waktu selesai menulis,
 30/05/2012
10:28 pm
Beyt Ummu Sulaim,Madinat Nasr,Cairo.