lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Wednesday 29 August 2012

Berhenti Bermimpi Seketika~

Bismillahirrahmanirrahim :)

akhi dan ukhti fillah,
kamu orang dakwah dan tarbiyah,
kamu orang yang bekerja fisabilillah,
kamu orang yang mengejar redha Allah,
kamu orang yang menzahirkan qudwah,
sewajarnya lisanmu tegar bicara isu ummah,
bukan sibuk mencari soleh dan solehah.

akhi dan ukhti fillah,
ketahuilah bahawa aku tidak menyalahkan fitrah,
bicara maratib amal kedua itu memang indah,
kerana daie juga punya jiwa serta rasa,
berimpian untuk mencintai dan dicintai,
saling menguatkan atas jalan dakwah,
berkongsi cerita suka dan duka bersama.

akhi dan ukhti fillah,
tidak salah berimaginasi akan masa hadapan,
mengharap kehadiran teman hidup sefikrah,   
mahu membina rijal ummah penerus dakwah.
sungguh beyt muslim jua sunnah Rasulullah,
malah menjadi coretan sirah nubuwwah,
meneladani ummahat tarbiyah generasi rabbani.


akhi dan ukhti fillah,
silapnya andai itu yang menjadi fokus kamu,
dialog seharian kamu asyik hal nikah,
gelak tawa menghijab jiwa penggerak kamu,
sehingga gelap pekat hati seorang muharrik,
kamu terleka dengan angan2 yang belum pasti.
terlupa bahawa kamu seharusnya menggerakkan,
terlupa saat ini dakwah keutamaan kamu,
terlupa ketenatan ummah memerlukan kamu,
terlupa meletakkan cinta Allah terlebih dahulu.

akhi dan ukhti fillah,
kembalilah kepada Rabb yang menciptakan cinta,
Dia mengetahui segala isi hati kamu,
taatilah syahadatul haq yang kamu imani itu,
serahkan cintamu setulusnya kepada pemilik hakiki,
yakinlah Dia menjanjikan kekasih terbaik untukmu,
selagi kamu memelihara hatiMu untukNya.
saat ini sedarlah bahawa ada yang lebih utama,
dakwah dan tarbiyah adalah medan realiti kamu,
berhentilah bermimpi sementara menunggu waktu, 
saatnya pasti tiba dengan izin Dia.

(24:26)

Mendoakan dalam diam itu lebih baik.Sabarlah dalam melakukan ketaatan kepada Allah.
''Ya Allah jaga hati kami hanya untukmu,nastaghfirullah wanatubu ilaik'' :')

30 Ogos 2012
3.30 am
Beyt Ummu Sulaym,Cairo.