lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Tuesday 19 June 2012

:: Bukan Red Carpet Dunia! ::


Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah 'ala kulli haal...


Alhamdulillah 'ala hadzihinni'mah :)

Masih gagah mengetaip saat ini.Allah masih mengizinkan si penulis dan penatap skrin merasai manisnya nikmat iman dan Islam.Walau terkadang goyah dan lemah, namun perjuangan harus memenangkan yang hak.Segera ditolaknya kebatilan agar tidak menular.Biar hati serta ruh tersenyum senang menikmati halawah iman yang menjadi paksi sebuah kehidupan.Jauh sekali buat seorang mukmin bahkan bergelar daie yang meletakkan dunia sebagai Ilah teragungnya sedangkan dia mengakui hadaf seluruh hayatnya lillah.

''yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Maha Perkasa,Maha Pengampun''
(al-Mulk:04)

Benar.Hidup saya,anda dan kita adalah ujian.Bukan red carpet selesa yang selalu dibentangkan untuk VIP dalam majlis-majlis besar itu.Terbukti ujian diciptakan bukan bertujuan untuk menzalimi, malah Allah S.W.T mendatangkan ujian untuk mengganjari hamba-hambaNya dengan nikmat yang super duper hebat.Subhanallah!siapa yang tidak terliur akan syurga Allah?
Hidup semestinya bukan untuk berjalan senang lenang atas karpet merah.Jom muhasabah!


okeh,sekadar perhiasan.huhu^^

Masih belum jelas?
Baiklah,ayat Allah ''..siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya..'' memujuk kita untuk terus teguh dan sabar ketika Dia menguji kita, kerana Allah mahu hambaNya yakin bahawa mereka bakal ditempatkan di mahligai Allah yang sungguh gah a.k.a syurga.Namun begitu,syurga Allah itu hanya untuk hambaNya yang memiliki jiwa yang kental saat diuji.Tak goyah dek angin laut,tak tumbang dek badai taufan menimpa.Hanya orang yang lebih berat mizan hasanatnya.Hanya orang yang yang ditapis Allah dengan sebaik-baik tapisan,tiada bendasing atau sampah yang merosakkan amalannya.
Keikhlasan hati memandu ketulusan jiwanya beramal kerana Allah.selurus-lurus niat,tidak mampu didefinasikan.Penglihatan mereka buta terhadap red carpet  dunia yang bersifat fana' itu kerana redha Allah menghijab segalanya.Allahuakbar!


teruslah berjalan dengan ikhlas dan sabar :)

Sungguh,apabila kita mula sedar realiti kehidupan,sesugguhnya ia bukan masa untuk perkara yang sia-sia.Kefahaman teori Islam kita membuahkan hasil kerja yang berkualiti melalui praktikal.Sewajarnya dari sudut kacamata ahli tarbiyah,dakwah itu bukan  beban berat yang terpaksa digalas tetapi sebuah kesaksian kebenaran yang perlu diimplimentasikan dengan tindakan.Kita sedia maklum bahawa tiada keselesaan dijanjikan sepanjang jalan dakwah, bahkan banyak tembok yang sedia menghalang dan tidak pernah sunyi dari pahitnya ujian.Teruslah berjalan ukhti walau hebat manapun ujian menduga,Allah tetap akan menggajari usahamu walau sebesar zarah!ingat,bukan red carpet dunia yang kita impikan.


saya dan anak2 bulatan gembira comel <3


Maaf andai anda bosan dengan post saya yang selalu menulis perkara yang hampir sama setiap bulan
[tentang mehnah melalui jalan ini. :')].Serius,akhir2 ini saya merasakan bahawa masalah datang berterusan.Jika dahulu saya memandang  ukhti yang menjadi murabbiyah dan mampu mendidik mutarabbi mereka itu sangat ekstra bonanza hebatnya,berkali-kali ganda hebat dari mereka yang tidak bawa bulatan gembira
[itu dulu,masa muda2.sekarang tak dah,jangan risau ngee ^o^].

Kini saya merasakan sangat susah untuk menyampaikan kefahaman dan fikrah kita dalam bulatan gembira adik2 sayang saya dan mad'u lain.Walau berbagai wasilah saya cuba tetap payah benar mahu memikat hati-hati manusia itu untuk dbawa kepada Allah.Mungkin usaha saya tak seberapa atau hati tak ikhlas mana.Bukan mudah membasmi jahiliyah saya dan mereka sebab itu Allah uji saya.Seharusnya saya perlu bina kekuatan hubungan dengan Allah terlebih dahulu.Kesal mengharap perubahan orang lain tapi tarbiyah dzatiyah sendiri terkontang-kanting.Astaghfirullah.

Kadang-kadang saya cemburu melihat hamasah akhawat yang sangat mantap muwasafat tarbiyah dan kerja dakwahnya padahal mereka bukan berlatar belakangkan keluarga yang punya tarbiyah.Mereka hebat diri sendiri.MasyaAllah.Tabikspring tinggi~


**coffee break bersama kisah zaman muda saya seketika ^^ **


iklan sekejap.huhu.. :D


Teringat zaman dulu waktu pertama kali saya disuruh join bulatan gembira remaja di lokaliti saya,saya memang menolak habis-habisan,puas umi memujuk lansung saya tak mahu.Apabila mendapati saya tidak termakan pujukan sehingga menangis tak nak pergi,umi terus mendial nombor abang sulung saya.Setelah bercakap dengan abang,akhirnya saya terpujuk untuk pergi.Alhamdulillah,setelah itu saya senang diajak ke program tarbiyah lebih-lebih lagi bila dapat tahu abang2 akan pergi bersama saya.Sehinggalah kemuncak hati saya benar2 jatuh cinta dengan tarbiyah ketika itu saya berumur 15 tahun,abi mengajak saya ke program yang diberi nama program motivasi pra IPT.Semua peserta program itu merupakan pelajar lepasan SPM yang berjawatan di sekolah,saya segan menjadi peserta termuda ketika itu [tetap seronok bila dilayan as adik bongsu.huhu^^].

Program tersebut berjalan sepanjang 3 hari 2 malam di Anggullia Beach Resort,Terengganu.Saya sangka program itu membentangkan slot persediaan akademik di alam universiti untuk bakal mahasiswa/i, rupanya pra IPT yang dmaksudkan dalam program ini ialah persediaan menghadapi suasana IPT yang memberi kesan besar kepada perubahan para pelajar.Bagaimana kita di IPT?Peserta ditayangkan video ISK & IPK,seorang akhi mantap dari UIAM yang memberi talk saat itu.Tersentap  hati saya melihat video2 tersebut sambil mendengar sejarah kebangkitan dan kejatuhan Islam yang disampaikan akhi itu.Mungkin dia ikhlas memberi,air mata kesal dan sebak tak henti2 turun..saya mula terfikir untuk apa saya hidup dan apa yang saya dah sumbangkan dalam hidup ini.Saya tidak mahu jadi lebihan dunia.Saya masih ingat fasilitator saya  > ukhti dari sebuah universiti di UK yang balik cuti.Bersungguh-sungguh dia menerangkan kepada ahli kumpulan saya.

-Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada mereka yang menyumbang kepada cinta saya terhadap  Dakwah &Tarbiyah,sehingga kini saya yakin untuk menyebarkan kefahaman yang mereka sampaikan kepada saya.Terima kasih tak terhingga :)
                                                            
  ** kembali tajuk asal ^^**

''dan sungguh kami benar2 akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang2 yang benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu,dan kami akan uji perihal kamu.''
(Muhammad:31)

Cerita saya mula mengenal tarbiyah inilah yang memberi kekuatan kepada saya sehingga kini.Saya tahu pengalaman saya tak sebest anda kerana saya berasal dari keluarga tarbiyah, tetapi saya kongsikan
juga sebagai tanda sayang saya pada tarbiyah :D.Andai saya mengeluh saat Allah menduga saya dengan segala macam kesukaran atas jalan ini,saya recall pengalaman lalu saya.Mengapa mudah benar saya goyah?padahal Allah telah menghadiahkan nikmat yang terbaik dalam hidup saya.Seharusnya saya menghargainya dengan sebenar-benar penghargaan.Bersyukur Dia sudi pilih saya.Alhamdulillah.Saya mahu jadi tapisan Allah yang terbaik, suci dan murni sifatnya.Tiada habuk melekat walau sedikit. 


tapisan Allah itu lebh teliti. 

''Diantara mukmin orang2 mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah dan ada mereka yang gugur ...'' 
(al-Ahzab:23)


Memang bukan mudah bermain tarik tali dengan dunia yang menjadi penjara mukmin ini,kerana saya juga manusia biasa yang punya hati bersifat bolak-balik.Tarbiyah itu menguatkan dan mengingatkan saya bahawa jalan yang dilalui para Rasul dan sahabat ini memang bukan red carpet dunia.Pernah juga menjengah di kotak fikiran saya,masih muda untuk saya mengenal semua ini,terlalu awal untuk saya bekerja sekencang al-'adiyat di medan perang.Namun,semua sangkaan itu harus cepat2 ditepis.Allah tidak menilai semua itu,ajal datang tidak pernah memberi amaran.Apa yang saya ingin bawa ketika jumpa Allah?cukupkah amal fardi saya yang tak seberapa nak bawa masa jumpa Allah nanti?Allah..Sementara masih ada waktu,teruslah bekerja dengan ihsan,jangan pernah penat kerana penghujung jalan dakwah ini hasanah.Bukan red carpet dunia menjadi idaman, tetapi redha Allah dan singgahsananNya yang tidak terjangkau akal itu yang ingin dikejar!


karpet merah dunia..


  *Jika anda lemah,ketahuilah bahawa Allah telah memuliakan anda dengan memilih anda melalui jalan orang2 yang dijanjikan syurga.Doakan kita berjiran di syurga Allah ya,sama2 tsabat dan istiqamah :)

Wallahu'alam~

Selesai mengetaip ;)
 10:56 pm
19 jun 2012
Beyt Ummu Sulaym,Nasr City,Cairo