lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Saturday 21 April 2012

::Lelah Cinta Seorang Hamba::

Bismillah.

Allah..
Terasa kadang2 aku ni daie yang kering,
bagai daun2 kuning yang gugur,
jatuh ke bumi lalu dipijak manusia,
tiada nilainya dan tiada harganya,
disisi al-Khaliq serta makhlukNya.

Allah..
sekian lama sudah tidak bercinta denganMu,
menangis dan mengadu menghadapMu,
terasa jiwa ini jauh benar dariMu,
padahal Kau tidak tinggalkan hambaMu,
sayu dalam resah ini,
gelisah dalam tangis ini,
tak mahu jadi hambaMu yang kering dan kosong.

Allah,
terasa malu benar denganMu,
kerana seharusya aku dekat denganMu,
tiada jarak jauh yang memisahkan,
tiada noktah yang menjadi jurang.
Aku menyeru hati2 untuk kembali mencintaiMu,
sedangkan hatiku tercungap-cungap lemah tak berdaya,
barangkali menanti waktu berduaan denganMu.

Allah,
setiap kali melihat diri yang kian jauh,
jauh dari mengingati dan menyebut asma'Mu,
aku jadi bisu tanpa kata,
sekali lagi pandangan ini dikembalikan,
mengapa payah benar buat jiwa ini,
meluangkan masa yang dipinjamkan,
hanya sejenak dan seketika,
mendekatkan batin yang muram ini,
kepada Rabbnya,agar ia kembali tersenyum,
dalam kesegaran cinta yang sarat dengan rindu.

Allah,
tersedar aku saat ini,
sesungguhnya perjalanan ini benar2 mengujiku.
Aku membina jiwa2 agar sentiasa taqarrub denganMu,
tapi dinding jiwaku sendiri kian usang dan rapuh.
Aku ingin membawa jiwa2 itu ke syurgaMu,
tapi ku bimbang api yang menjulang  itu tempat abadiku.

Allah,
hanya Engkau yang Maha Mengetahui,
pengakhiran hidup seorang Mawaddah ini,
hamba yang punya amal tak seberapa.
Dengan jiwa kerendahan seorang 'abid,
Ku tadahkan tangan dan berdoa,
ke arah langit yang pemilikNya Maha Hebat,
''ya Allah semoga rahmat dan redhaMu,
mengizinkan aku langkah ke istana syurgaMu,
walau cinta ini lelah dipersimpangan jalan sebuah kehidupan.''

 ::semakin lama kita bearada dalam tarbiyah,semakin teruji keikhlasan kita.
Syukur masih bernafas dalam ketaatan :')

20 April
5:55 am,beyt ummu sulaym
hayyu sabi',Cairo, Egypt..








 



No comments:

Post a Comment