lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Tuesday 12 November 2013

Realiti Ummah dan Peranan Kita

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Apa khabar iman?
Apa khabar ruh?
Apa khabar hamasah?
Apa khabar jasad?

Alhamdulillah. Moga tersenyum lebar seperti ini ^_______^

Syukur kerana Allah masih mengurniakan rasa ingin menulis selepas setahun lebih meninggalkan blog. Mode menulis kali ini agak berbeza daripada entry lain kerana lebih banyak bermain dengan emosi. Perasaan sedih, kecewa, geram, dan pilu bercampur baur. Namun saya sedar, keperluan menulis bukan cuma untuk beremosi tetapi ingin meninggalkan kesan kepada hati para pembaca dan semestinya untuk beramal.

*Walaupun hakikatnya, tak ramai pun pembaca blog yang tak berapa gempak ini ;D  


Sungguh syahid itu  sebuah kehidupan :')


Hari ini saya masih berada di Malaysia. Semuanya dengan ketentuan dan izin Allah,
dan hari ini juga saya masih melihat saudara-saudara saya di seluruh dunia sedang diasak dengan kezaliman. Memang tidak melihat dengan mata secara live, tapi itulah realiti yang berlaku hari ini.

*dah mendung dah ni, tunggu hujan turun* T__T


Mesir

Credit to Mesir Kini, angkat 4 jari yeah!


Ada apa dengan Mesir?

Awat depa buat DP 4 jari warna kuning kat laman sosial?
Kenapa setiap hari orang Mesir berhimpun?
Siapa Sisi, kenapa orang kata dia jahat?
Mengapa Dr. Mursiy digulingkan?
Hai, apa masalah sebenar Mesir ini?
Sekarang Mesir tengah perang ke?
Adeh, apa kaitan Mesir dengan kita?
Bukan negara Mesir itu tangguingjawab rakyat Mesir sahaja ke? 

kita kan dah ada Malaysia yang aman. serius, ini fakta bukan auta tahu! *krikrikrik* XD

Aiseh. Maaflah tujuan utama saya menulis bukan ingin menjawab semua persoalan ini.
Ok, jom buka qur'an dan hayati maksud surah Al-Hujurat ayat 10

Masih belum jelas?
Nah baca dan teliti maksud hadis Rasulullah s.a.w kejap;

“ Perumpamaan mukmin dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu satu tubuh, apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuhnya turut merasakan hal yang sama, sulit tidur dan merasakan demam.” 
(HR. Muslim).

Amacam? Apa perasaan anda? 
Baiklah, sebenarnya bukan Mesir sahaja tetapi semua negara Islam yang sedang dijajah, disakiti, dizalimi dan ditindas. Sebagai manusia kita harus peduli keadaan manusia lain. Lebih penting daripada itu, sebagai muslim, kita WAJIB cakna keadaan SAUDARA kita! 
Serius ini bukan fatwa saya atau kerana saya pelajar di Mesir tetapi ini adalah tanggungjawab kita sebagai saudara seaqidah mereka. Kita berilahkan tuhan yang sama serta menyerahkan seluruh pengabdian diri kepada tuhan yang sama, iaitu Allahu Ahad

Anda dah baca firman Allah dalam surah Al-Hujurat tadi dan hadis Rasulullah s.a.w kan? Baginda sendiri telah membuat perumpamaan besar tentang persaudaraan dalam islam. Kebangkitan dan kejatuhan umat Islam hari ini adalah kebangkitan dan kejatuhan kita juga. Jika mereka dizalimi, kita juga terasa dianiayai dan jika mereka disakiti, kita turut merasai penderitan yang dihadapi. Pendek kata, bagaimana kondisi mereka, begitulah kondisi kita.


Credit to Mesir Kini. Pemimpin paling gentleman lagi macho di abad ini :)


Alhamdulillah semakin ramai manusia yang cakna dengan isu Mesir. Boleh dikatakan, kekerapan demonstrasi di seluruh dunia makin tinggi. Ramai yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan Kudeta yang makin menggila. Dalam pada kita sibuk memperjuangkan isu ini, mungkin kita terlupa seperkara. 

Eh, apa dia?

Peranan Kita

Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam hidup ini. Ya, semua orang ada komitmen masing-masing. Baik dalam kerjaya, pelajar, anak, dan paling penting sebagai hamba Allah dan khalifah yang diberi amanah special daripada Allah untuk memakmurkan bumiNya. Melalui hari-hari sebagai manusia dengan penuh kelelahan dan kesibukan! 
fuhh! =.=''

'' Tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang ada. ''
- Assyahid Imam Hasan Al-Banna

Namun, dalam kesibukan kita, kita masih sempat duduk mengadap smartphone, laptop, ipad untuk update status muka buku, berkicau kat twitter, upload gambar-gambar ayu  di instagram, melayan movie Korea sambil lap hingus bersama rakan-rakan, menonton keek video  ''macam cantik je, macam comel je'' , dan banyak lagi. 

'' Hoi penulis, laman sosial itu pun medium dakwah tahu? kami post benda-benda baik, tweet perkara-perkara bermanfaat, bukan buang masa memanjang. Ingat orang tak fikir masalah ummah ke? Cakap baik-baik sikit, watch your mouth! tak tahu orang buat apa, jangan judge terus! ''

Rilek brader, brader rilek! Saya tidak menafikan semua itu, syabas kepada anda-anda yang berusaha menyampaikan risalah Islam dengan pelbagai wasail. Saya mendoakan Allah ganjari kebaikan berlipat ganda kepada anda semua. Tahniah kerana anda adalah golongan manusia yang menyambung perjuangan rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi' tabiin. Chill ehhe :D

Medan amal itu lebih besar :)

Cuma ada perkara lebih besar dalam hidup kita yang kadangkala kita terabai atau sengaja mengabaikan kerana malas. :(

Perlu diketahui, medan amal itu lebih besar daripada medan-medan lain di dunia ini. Lihatlah ummah yang sedang tenat hari ini, adakah ummah ini akan pulih tanpa amal? adakah Islam akan kembali gemilang tanpa rijal yang menggerakkan? adakah penyakit al-wahn akan hilang tanpa mujahadah dan tadhiyyah?
Semestinya tidak..

Bagaimana Mahu Bantu Mereka?


Mengimpikan seorang little mujahid hebat seperti ini!

huhhh,*inhale,exhale* panjang lagi ke? dah berpeluh baca ni hihi ;D
Orait, meh nak bagi tak pening kita bubuh nombor lah. baru senang nak baca :)

1. Yakin bahawa suatu hari nanti Islam akan gilang gemilang seperti suatu masa dahulu kerana Allah telah berjanji dalam al-qur'an dan janjiNya benar. hoorey!

2. Berusaha gandakan amal fardi, perbanyakkan ibadah nawafil (sunat)

3. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Cewwah! Alang-alang dah online selalu, bagus juga kalau update and share isu ummah kat beribu-ribu followers dan friends anda di laman sosial itu.

4. Cuba ajak orang lain kepada makrifatullah, kenalkan kaum kerabat, sahabat handai dan orang sekeliling anda dengan tarbiyah yang super osem ;)

5. Sekiranya anda seorang murabbi, anda diseru untuk meningkatkan kualiti takwin anak-anak comel bulatan gembira anda. ^_____^

6. Melakukan kerja-kerja tarbawi dan dakwi dengan ikhlas, itqaan dan rabbani. Err ini sangat payah T__T

7. Memberi hebahan maklumat tentang program atau talk isu semasa ummah kepada masyarakat.

8. Perbaiki akhlak dan berusaha menunjukkan qudwah hasanah dalam segala aspek       kehidupan serta dimana jua anda berada. 

9. Mujahadah diri untuk meninggalkan segala karat jahiliyah yang masih bertapak di hati. 

10. Mendoakan umat Islam seluruh dunia, afdhal membaca qunut nazilah setiap kali selepas         solat fardhu. Jangan pandang enteng the power of du'a! penangan doa ni dahsyat tau!

11. Hulurkan bantuan kewangan atau material, boleh hubungi admin FB page yang saya             kongsikan dibawah.

 12 .Boikot produk-produk musuh Islam, seperti produk Israel dan barangan syiah dari syiria.

13. Bangkitkan hamasah akh dan ukht anda yang sedang tenggelam dalam kefuturan. aigooo... ini agak mencabar kot! >.<

14. Sentiasa hidupkan isu ummah dalam kalangan kita. Jangan biar lemau dan lesu kerana isu ummah bukan bermusim seperti autumn, spring, winter dan summer  ^^

15. Usah pisahkan diri daripada jama'ah kerana orang yang hidup sendiri itu berisiko tinggi untuk dikalahkan syaitan dan hawa nafsu. Seekor kambing biri-biri yang keluar daripada kumpulannya akan mudah disambar serigala! nauzubillahi min zalik!

Kita akan maju menjadi supersaiya bila berada dalam saf :)

*Jemput singgah ke link dibawah ini di facebook anda untuk mengikuti perkembangan isu semasa atau program-program yang akan dijalankan:


Oh ya, hampir terlupa pula, kenapa penulis hanya menyentuh tentang isu negara Mesir? Nak tahu juga pasal negara lain.
Haruslah, kalau nak tulis pasal isu negara lain, saya memerlukan masa yang sangat panjang dan mungkin anda akan tercungap-cungap lelah nak membaca, sebab itu saya sertakan link-link yang boleh dijadikan rujukan. ^___^

Mohon maaf andai tersasul atau terkhilaf sepanjang menulis. Semoga Allah mengira setiap usaha kita, walau zahirnya nampak kecil tetapi disisi Allah pasti ada nilaiannya insyaAllah. Mari  mainkan peranan kita dengan penuh iltizam dan ikhlas! 

'' Sesungguhnya kemuliaan, keagungan, kekuatan Islam akan terhakis satu demi satu, jika masih terdapat dalam kalangan umat Islam yang tidak mengenal erti jahiliyah.'' 
-Saidina Umar Al-Khattab

* Sekiranya anda terjumpa istilah-istilah yang kurang faham dalam post ini, sila tinggalkan komen dibawah atau pm facebook saya https://www.facebook.com/bintu.lokmanhayat

Sekian. Wallahua'lam.

Waktu selesai mengetaip,
1: 36 pm
12 November 2013
Beyt Keluarga Mohamad Lokman
Kuala Terengganu, Malaysia :)

1 comment:

  1. nice post ukhti. teruskan menyentuh ummah dgn penulisan. semoga Allah sentiasa menganjarkan yg terbaik dan terus mengilhamkan utk terus menulis.

    keep on writing ukhti.

    love from egypt <3

    ReplyDelete