lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Thursday 3 November 2011

::ingatan dan doa utuk Ain sayang::

 Start with Bismillah.
Menaip sambil ditemani kak humai yang khusyuk melayan fb disebelah dan 'Asal yang lena di tepi laptopku.Hai,comel betul anak buah sorang ni bila tidur.Dingin subuh terasa,sementara menunggu ummi online skype baik jeguk2 blog sekejap.Memandangkan hari ni dah start cuti raya Aidiladha so hari ni hari yang tersangat tenang ^^,hehe.

Minggu lepas,pagi waktu mesir kira2 jam 9 pagi hari jumaat, aku mendapat panggilan daripada Ruqayyah.Panggilan tu buat aku terkedu,terkejut plus tak percaya.Ruqayyah kata:

"Mawaddah,anti bukak fb tak hari ni?emm sahabat nt yang sekolah al-amin kemaman Siti Nur 'Ain Rosli tu terlibat dalam kemalangan,mak n adik dia meninggal."

Ya Allah!time tu terasa berderau darah,sebak tapi masih tidak percaya,banyak kali menafikan..kesian kat ruqayyah bila aku kata:
"eh,anti silap dpt information kot,tu Ain lain ana rasa bukan ain rosli kelas ana."

Terus kuletak handphone selepas diusahakan ruqayyah agar yakin bahawa itu ain  sahabatku.segera buka laptop dengan tangan yang terketar2(ini serius fist time mengalaminya) n log in fb,terlihat di dinding2 friends fb berita tentang ain.Ya Allah,benar!itu sahabatku ain!sedih sangat sebab tak mampu nak terbang balik malaysia sekarang.Chat dengan mama Asmah kat fb,tanya pasal Ain,mama pun ceritakan segalanya.Petang tu,skype dengan solihah dan Shaidatul.Rasa macam nak menangis.Of course sedih,Ain is a part of us!dia sahabat seperjuanganku di al-Amin.

Aku hanya mampu mendoakan dari jauh,aku hanya mampu solat hajat untuk Ain,mohon Allah permudahkan segalanya.Aku hanya mampu update berita Ain kat fb.Sesungguhnya,memang sangat jeles degan sahabat2ku yang berkesempatan ziarah Ain.Aku tahu Ain mampu utuk menghadapi segala ujian ini sebab itu Allah memilih dia kerana dia istimewa.Aku tahu Ain seorang yang kuat dan tabah.Allah tidak memilih hambaNya untuk diuji dengan dugaan yang hebat ini melainkan dalam diri hambaNya itu ada tembok kesabaran yang sangat kebal.Walau apapun takdir yang tertulis dengan pena Allah,dia mampu bertahan.

'Ain ukti fillahku,
bertahanlah kamu,
sesungguhnya ujian itu adalah rahmat
bagi orang2 yang beriman.

Semoga kamu tersenyum saat membaca post sahabtmu yang jauh ini.
Ketahuilah,walaupun kita berjauhan,tapi kerana hati kita sama2 memberikan cinta sepenuh raga untuk Allah maka hati2 kita sentiasa bersatu keranaNya.
Wahai angin,sampaikan salam sayang dan rinduku pada 'Ain.

Tidak lupa pada sahabat2 di Malaysia..
Zubaidah,Solihah,Shaidatul,Afif,Mursyidah,Husna,Siti dan Madihah
Jazakumullahukairan Kathira kerana mewakilkan ana untuk memberi kekuatan pada Ain!
Semoga Allah mengurniakan sebaik2 ganjaran untuk antunna.

waktu selesai menulis
~07:04 am

Uhibbukum fillah,
Mawaddah lokman,
Nasr City,
Cairo,
Egypt.




























1 comment: