lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Thursday 27 October 2011

:: Barangkali teguran daripada Allah::


Bismillah.sejuknya angin malam.subhannallah!
Tiba2 terasa nak menaip hari ni bila nampak laptop atas meja,walaupun tahu dh lewat malam,entahla..hati terketuk.tidak tahu perasaan apakah ini.Terima kasih Allah kerana memberi kami kesempatan untuk hamba2mu bermuhasabah dan tajdid niat kembali.Syukur alhamdulillah.

Sunnatullah dalam perjalanan ini,wajib ada ujian.Allah!kadang-kadang semangat kita semangat yang kosong,bicara kita tidak serupa dengan amal kita.Hubungan dengan Allah macamana?bagaimana kita meletakkan Allah dalam diri kita?membawa hati manusia kepada Allah itu memerlukan kekuatan luar biasa kerana kekuatan itulah yang menjadi dinding kita seandainya ada angin yang menggocang,ada ombak yang melanda kita tetap teguh,Baragkali ujian itu teguran daripada Al-Khaliq yang Maha Besar.Merasai suatu tamparan yang sangat hebat.

''janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri''   (an-Naml:31)


Mungkin ada tanggugjawab yang terabai.
mungkin ada hati yang tidak ikhlas.
mungkin ada janji yang belum trtunai.
mungkin ada amanah yang belum terlaksana.
mungkin ada jahiliyyah yang tersisa.

*Kita tidak akan sempurna tetapi berusahalah mencari kesempurnaan itu~


Kita merancang,Allah jua merancang dan Dia sebaik-baik perancang.Rencana Allah itu sangat hebat,Dia lebih tahu segalanya.Seandainya kita tidak bersiap sedia untuk menerima dugaan ini,kita bukanlah sebahagian daripada kader du'at Allah.Dia memilih kita untuk melalui jalan ini kerana kita istimewa.Oleh itu,jangan risau seandainya kita hanya terpijak duri yang kecil kerana disebalik kesakitan yang kecil itu tersingkap hadiah bonanza yang tidak terkira nikmatnya dengan brsyaratkan ikhlas dalam pelaksanaan DnT ini.Ujian itu mematangkan usia dakwah.Bergembiralah dengan ujian ini kerana dihujungnya hasanah..

Allah knows best!jom perbaiki mutaba'ah amal kita dan terus melangkah laju!
redha dan sabarlah dengan ujian ini wahai pendamba keredhaan Allah ^_^


 ''ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu cubaan seprti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu..." (al-Baqarah:214)

















2 comments: