lajukan langkah!

lajukan langkah!
bangunlah andai jatuh kerana Allah bersamamu!

Thursday 29 September 2011

::Mengagumi obses mereka terhadap syurga::


Bismillah.
Semoga Allah menghadiahkan syurga buat mereka yang berjuang menautkan hati2 manusia ke arahnnya.
Bukan senang menjadi cahaya kepada kegelapan,jalan itu panjang berliku,kadang2 sangat menyakitkan.Namun segala kesusahan dan penat lelah ini diketepikan oleh insan2 yang sememangnya obses dengan syurga Allah.Segala-galanya kerana Allah,mereka yakin disebalik kepahitan itu ada madu dan disebalik kesusahan itu tersingkap kesenangan yang kekal abadi.Nikmatnya syurga!

Alhamdulillah hampir 20 hari aku di bumi Mesir.Allahuakbar,terasa sekejap benar waktu berlalu.Dalam tempoh itu aku mengenali akhawat disini.Memang sebelum berangkat ke Mesir lagi hatiku berlonjak-lonjak gembira untuk bertemu akhawat walaupun dalam keriangan itu terselit duka untuk meninggalkan mereka yang tersayang di Malaysia.Perasaan gembira ini agak luar biasa,gembira yang teramat ini kusimpan elok2 dalam hati,semoga ia berkekalan dalam ukhuwwah.

Hidup dikelilingi akhawat sangat nikmat,berada dalam kehidupan yang membahagiakan.Keutamaan sentiasa dberikan kepada ukhti yang lain berbanding diri sendiri.Mereka berlumba-lumba untuk ithar.Setiap yang dilakukan menunjukkan mereka sangat obses dengan syurga.Bukan sekadar dalam gerak kerja dakwah sahaja tapi dalam amal dan bicara juga.Melaksanakan tuntutan mereka sebagai 'abid dan khalifah dengan sebai-baiknya.Bertemu mereka adalah suatu anugerah yang terindah buatku.Terima kasih Allah kerana mempertemukanku dengan orang2 yang mencintaimu dengan sepenuh hati.

Kebelakangan ini akhawat sangat sibuk menguruskan program untuk pelajar2 yang baru tiba dari Malaysia.Aku tahu kesibukan mereka bukan sia2.Mereka melihat peluang besar di depan mata ini rugi dilepaskan,lebih2 lagi  ramai dalam kalangan mereka merupakan PIC dlm program tersebut.Kebanyakan aktiviti program yang diatur mereka diselitkan fikrah.Inilah medan juang mereka,mereka berusaha sehabis daya memasukkan unsur2 tarbiyah.Bekerja keras semata-mata unntuk mencapai redhaNya.Tidak mengira apa bidang mereka,medic,dirsat,dentistry atau ulum asalkan mereka mampu mengetuk hati2 yang mati untuk disegarkan dengan ruh tarbiyah agar dapat sama2 berjuang di medan ini.

Melihat semangat akhawat,aku jadi termotivasi.Kuliah akan bermula hari Sabtu ini.Nota2 daurah yang lalu kubelek.Aku meneliti tajuk DF,cuba mendalami segala teori agar mampu dipraktikkan.Dakwah itu bukan hanya kata2 tapi kesungguhan dalam pelaksanaan itu penting.Hubungan yang sangat teguh dengan Allah itu sumber kekuatan orang2 yang bekerja untuk agama Allah ini.Kerja ini bukan untuk mereka yang ingin berehat.Terkenang sirah Rasulullah dan para sahabat,mereka obses syurga seolah-olah mereka melihat syurga dan seluruh nikmat2Nya.Hidup mulia atau syahid dijalan Allah sahaja menjadi pilihan mereka.Hasil dakwah mereka Islam tersebar.


Untuk akhawati fillah sayang.,

semoga tegar semangat juang kalian,
semoga ruh tarbiyah tidak pudar dalam diri kalian ,
semoga mardhatillah sentiasa mengiringi kalian,
semoga istiqamah menjadi jalan kalian,
semoga syurga menjadi milik kalian.
 

"dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata sungguh aku termasuk dalam kalangan orang yang menyerah diri."
(QS,41:33)



~Ya Allah semoga engkau menetapkan hati2 kami ats jalanMu~
















1 comment: