perjuangan itu suatu kepastian~ |
Bismillah.
9 September 2011
jam 3.15 pagi,pesawat berlepas menuju ke Kuwait.ya Allah tabahkan hati hamba meninggalkan keluarga dan sahabat2 yang selama ini disandarkan Allah sebagai kekuatanku.Jangan kesali keberangkatan ini,sebaliknya bekalkanlah perjalanan ini dengan himmah 'aliyah.Perjuangan adalah suatu tadhiyah yang mesti diharungi lebih2 lagi untuk insan bergelar daie.Saat ini,memang dapat ku rasai bahawa betapa beratnya meninggalkan mereka yang tersayang.Perjalanan ini bukan mimpi atau illusi,tapi realiti yang perlu dihadapi.Perjalanan ini juga bukan sebuah pengembaraan sifar tapi perjalanan ini adalah medan.Medan juang yang akan membuktikan gerak kerjaku secara praktikal setelah lama berteori.nah!ini medannya,bersiap siagalah wahai diri.Masih banyak dugaan yang menanti.
Alhamdulillah,setelah hampir 10 jam berada dalam pesawat akhirnya kami tiba di Kuwait.Di Kuwait airport,kami bergegas ke information counter untuk mendapatkan maklumat lanjut as transitters.Dengan sopan santunnya (
Banyak lagi perkara (no reasons) yang kami di marahi tak tentu pasal,kami pun tak faham. antaranya:
*mintak straw dalam flight (
*pencuci tandas tak senang ada tourist yang masuk tandas kat airport
*pak cik yang serve makanan suruh ambik pinggan sendirigmbr yg sempat snap time transit di kuwait |
Memang sangat pelik tapi inilah hakikatnya,bila umat islam tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka walaupun secara rasminya diiktiraf sebagai negara Islam.Qudwah hasanah yang dibawa oleh Rasulullah tidak lagi diteladani. Mungkin juga kesan ketiadaan khilafah islamiyah yang mampu mengislah masyarakat.Setiap aturan Allah itu berhikmah cuma terpulang kepada kita untuk mengambilnya sebagai teladan dan peringatan atau sekadar peristiwa kosong yang berlalu tanpa 'ibrah yang menjadi pemangkin tarbiyah diri.
Alhamdulillah syukur,jam 2.30 petang waktu Mesir.Pesawat Kuwait Airways mendarat di Cairo Airport dengan selamat.Buat pertama kalinya melangkahkan kaki ke bumi Hassan Al-Banna,Subhanallah!disinilah perjalanan dakwah Nabi Musa A.S kepada kaumnya,disini juga As-syahid Imam Hassan Al-Banna bermujahadah dalam menyampaikan risalah Islam .Ya Allah,sumbangan mereka masih berterusan sehingga hari ini.Semoga aku mampu menjadi insan hebat seperti mereka.biiznillah.Perjalanan ini masih panjang,tsabatkan aku Rabbi!
mulakan langkah dgn semngat yang baru! |
No comments:
Post a Comment